Wednesday, 29 May 2013
Hangout
Assalamualaikum, tadi pada tarikh 29 Mei 2013 aku hangout dengan kawan tapi dekat KFC jelah eh! cop bukan setakat KFC je tapi semua tempat kitorang singgah tapi aku malas nak nyatakan tempatnya. Btw tadi kotorang janji pukul 2pm tapi aku lambat sikit al maklumlah kena buat kerja rumah dulu baru boleh keluar. Oh lupa nak bagi tahu tadi seramai 6 orang je yang join yang lain tu ada sebab-sebab tertentu kenapa tak dapat join tapi memang best gila lah gua bagi tahu lu. Lepas habis makan KFC then lepak-lepak jap terus buat keputusan nak pergi karaoke, pada mulanya tak merancang pun nak pergi karaoke tapi tiba-tiba pula idea karaoke tu muncul dari kepala otak member aku hehe. Aku pun apa lagi join je lah lagi pun aku ni tak pernah pergi karaoke so teringin juga nak test suara kat bilik karaoke mana tahu sedap ke XD wkwkwk k poyo. Mula-mula semua malu nak nyanyi haha biasalah first time kan nyanyi depan kawan tapi lama-lama masing-masing menjerit haha memang kelakar sampaikan elok-elok duduk atas kerusi terus gelak terduduk kat lantai. Apa-apa pun memang best gila lah karaoke tadi tapi just satu jam je memang tak cukup lah satu jam kalau boleh nak 3 atau 4 jam haha. Lagi-lagi karaoke dengan kawan bantai je lah suara sumbang ke tak janji enjoy and puas hahaha. Nanti kalau masing-masing tak busy ingat nak pergi karaoke lagi memang best lah boleh release tension ceh haha.
Rindu!
Assalamualaikum.. dah lama aku tak update blog rasanya setahun lepas last aku update blog and now i'm back hehe. Berbalik pada tujuan asal aku update ni sebenarnya nak meluahkan rasa rindu masa zaman aku sekolah *sambil mendengar lagu sedih* hm rasa nak masuk sekolah balik tapi masa tidak boleh berputar kembali ecehh haha. Seriously bila kita dah tamat persekolahan mesti rasa sedih lagi-lagi kalau kita tak dapat jumpa diorang lagi. Aku rindu nak berkumpul ramai-ramai and gelak kuat-kuat sampai boleh terkeluar air mata tapi sekarang semua dah berubah kalau boleh keluar pun tak semestinya dapat berkumpul macam kitorang kat sekolah haritu sebab semua dah sibuk pergi kursus dan plkn. Sekarang ni semua dah merancang nak sambung study mana tapi aku.. masih menunggu lagi, menunggu apa? Menunggu result upu la hehe. Apa-apa pun aku akan belajar bersungguh-sungguh nanti dan berharap kawan aku pun akan belajar bersungguh-sungguh macam aku jugak :) walaupun kita belajar di tempat lain aku harap hati kita tetap akan merindui satu sama lain dan kita tetap akan berhubung sampai bila-bila amin! Love you guys xoxo Yasirah, Bella, Fatin, Afiqah, Ju, Finaz, Nabilah, Dila and Amira.
Subscribe to:
Posts (Atom)