" />
Hye welcome to my blog, don't forget to be my follower :)

Thursday 11 July 2013

PUASA!

Assalamualaikum! wah pejam celik kita dah dalam bulan Ramadhan btw selamat berpuasa kepada semua umat islam ikhlas dari lubuk hati saya hehe. Cakap pasal puasa ni nak ceritalah pasal puasa saya yang pertama, puasa yang pertama saya raikan dengan mak, abang and adik adik je, abah kerja kakak pulak puasa dekat tempat dia belajar so agak sunyilah puasa pertama. Tadi meriah sebab apa meriah? sebab banyak lauk je hehe. Mak beli banyak makanan dekat bazar sebab abah bukak puasa kat rumah harini. Dengan adanya makanan banyak saya pun makan banyak lah antaranya ehem ehemm as usual nasi, kuih, murtabak and mee rojak. Oh lupa coklat pun saya makan jugak hehe. Nanti malam kang sambung balik makan ni hehe. Akhir sekali saya nak ucapkan selamat berpuasa to Aten hehe. *memandangkan bulan Ramadhan apa salahnya aku jadi saya* hehe bye.

Monday 3 June 2013

Food

Hye, hye, hye and hye bertemu kembali kita dalam rancangan memasak ceh! haha. Cakap pasal masak ni haritu waktu aku kat KL aku terjumpa buku masakan moksu aku punya memang tebal lah buku tu macam-macam menu ada so dalam kepala otak aku ni teringin nak makan mee hailam jadi aku terus cari lah menu tu lepas dah jumpa menu tu aku punya lah rajin taip lah panjang-panjang bahan yang nak digunakan dalam mee hailam tu di handphone nak salin kat kertas malas pula nak pergi ambik haha pemalas betul. Dah balik dari KL aku terus suruh mak aku beli bahan nak buat mee hailam tu untuk keesokan harinya, dah lama aku tak makan mee hailam last makan pun waktu raya tahun lepas dekat rumah kawan aku. So tadi pada tarikh 3 June 2013 berjaya juga aku buat mee hailam *bangga jap* muahahaha padahal senang je cara buatnya haha dan yang paling menggembirakan lagi adik aku dengan abang aku pun makan mee tu siap tambah 2 kali lagi aku yang makan pun tak tambah-tambah sebab kenyang minum coke. Jadi kepada siapa yang tak tahu macam mana rupanya mee hailam bawah ni ada gambar tapi aku rasa korang mesti tahu punya. Walaupun korang dah tahu rupanya aku tetap nak tunjukkan gambar juga hehe.

                                                                     

Sunday 2 June 2013

Sambung Belajar

Assalamualaikum.. harini tetiba aku rasa rajin nak share sesuatu malam ni, selalunya waktu macam ni aku dah tidur tapi disebabkan kakak aku dah habis cuti sem so dia dah masuk kolej, aku online lah kalau tidak waktu macam ni dia online hehe. *Blur* hm tadi mak aku kata abah aku dah tanya bila nak sambung belajar tapi aku tak jawab pun soalan tu sebab apa? sebab aku tengah fikir bila nak sambung belajar hehe aku pun masih  tak tahu lagi bila. Kadang-kadang rasa nak belajar awal tapi kadang-kadang rasa nak masuk lambat haih pening-pening. Masa aku form 5 ye ye je aku cakap dengan mak aku yang aku nak masuk belajar awal haha  tapi lain jadinya. Bukan apa nanti aku rindu dengan family :'( tsk tsk siapa tak rindu? Tapi nak buat macam mana kita dah besyaaa so kenalah berdikari dan berpisah dengan keluarga untuk kepentingan masa hadapan, eceh! ayat aku lebih-lebih lak malam buta ni. Memandangkan dekat facebook, twitter and sama waktu dengannya ramai yang update pasal diorang study mana rasa jealous pula tengok diorang and rasa nak cepat-cepat sambung belajar la pula. Sebenarnya kalau nak diceritakan gua tak buat apa-apa persediaan lagi ni keh3 just upu je gua daftar. Kata je nak masuk awal tapi tak daftar mende lagi.

Saturday 1 June 2013

Kenduri

Assalamualaikum.. harini aku nak story pasal kenduri, tadi aku baru balik dari KL sebab kakak saudara aku tunang memang penat tadi walaupun aku tak tolong sangat wkwkwk. Yang penatnya sebab aku kena turun naik lif sampai kaki aku penat berdiri je kadang-kadang kena naik tangga ke tingkat 10 bayangkanlah berapa banyak tangga yang nak naik tu. Aku pergi KL hari jumaat tidur sana kiranya 2 hari 1 malam kitorang kat sana. Sampai sana je terus kena naik tangga ke tingkat 10, aku dah lah tengah lapar lepas tu kena naik tangga pula rasa macam nak pengsan je tapi nasib baik tak pengsan. Dah sampai tu aku pun apa lagi masak maggi la sementara tunggu ayah su aku beli lauk. Malam tu ingatkan nak pergi rumah ayah say aku sebab ada birthday party anak dia tapi hujan pula tak jadi la pergi baru ingat nak pergi sebab dah lama aku tak jumpa diorang tup tup malam tu tiba-tiba anak ayah say datang sebab nak main game haha. Aku terkejut tengok dia sebab dia lagi tinggi dari aku padahal baru darjah 5 adik aku yang form 2 tu pun tak setinggi dia rasa segan pula nak berdiri sebelah dia. Malam tu aku tak boleh tidur awal sebab adik aku dengan adik saudara aku bising main ps2. Esoknya awal-awal aku dah bangun sebab nak cepat siap pergi rumah makngah aku pula. Dekat sana lagi ramai adik saudara aku tinggi daripada aku dah lah tinggi lepas tu pakai high heels lagi memang tinggi gila ah! padahal diorang baru darjah 6, form 2 and form 3 dah tinggi daripada aku, rasa segan gila nak jalan sebelah diorang terasa aku ni pendek walaupun aku ni tak pendek sangat tinggi aku masa aku ukur haritu 162cm tapi diorang dah nak dekat 170cm. Tadi waktu nak naik atas aku tersangkut dalam lif nasib ada ayah saudara aku sekali dalam lif tu kalau tak tak tahu nak buat apa, tu sebab aku tak suka naik lif sebab aku dah 2 kali trauma tersangkut dalam lif :( benci gila ah! Tapi apa-apa pun memang best lah tadi sampaikan waktu perjalanan nak balik rumah aku tertidur dalam kereta selalunya penat macam mana pun aku tetap tak tidur dalam kereta tapi tiba-tiba je tadi ngantuk sangat.

p/s: aku tak sempat ambik gambar dengan bakal pengantin :(

Wednesday 29 May 2013

Hangout

Assalamualaikum, tadi pada tarikh 29 Mei 2013 aku hangout dengan kawan tapi dekat KFC jelah eh! cop bukan setakat KFC je tapi semua tempat kitorang singgah tapi aku malas nak nyatakan tempatnya. Btw tadi kotorang janji pukul 2pm tapi aku lambat sikit al maklumlah kena buat kerja rumah dulu baru boleh keluar. Oh lupa nak bagi tahu tadi seramai 6 orang je yang join yang lain tu ada sebab-sebab tertentu kenapa tak dapat join tapi memang best gila lah gua bagi tahu lu. Lepas habis makan KFC then lepak-lepak jap terus buat keputusan nak pergi karaoke, pada mulanya tak merancang pun nak pergi karaoke tapi tiba-tiba pula idea karaoke tu muncul dari kepala otak member aku hehe. Aku pun apa lagi join je lah lagi pun aku ni tak pernah pergi karaoke so teringin juga nak test suara kat bilik karaoke mana tahu sedap ke XD wkwkwk k poyo. Mula-mula semua malu nak nyanyi haha biasalah first time kan nyanyi depan kawan tapi lama-lama masing-masing menjerit haha memang kelakar sampaikan elok-elok duduk atas kerusi terus gelak terduduk kat lantai. Apa-apa pun memang best gila lah karaoke tadi tapi just satu jam je memang tak cukup lah satu jam kalau boleh nak 3 atau 4 jam haha. Lagi-lagi karaoke dengan kawan bantai je lah suara sumbang ke tak janji enjoy and puas hahaha. Nanti kalau masing-masing tak busy ingat nak pergi karaoke lagi memang best lah boleh release tension ceh haha.

Rindu!

Assalamualaikum.. dah lama aku tak update blog rasanya setahun lepas last aku update blog and now i'm back hehe. Berbalik pada tujuan asal aku update ni sebenarnya nak meluahkan rasa rindu masa zaman aku sekolah *sambil mendengar lagu sedih* hm rasa nak masuk sekolah balik tapi masa tidak boleh berputar kembali ecehh haha. Seriously bila kita dah tamat persekolahan mesti rasa sedih lagi-lagi kalau kita tak dapat jumpa diorang lagi. Aku rindu nak berkumpul ramai-ramai and gelak kuat-kuat sampai boleh terkeluar air mata tapi sekarang semua dah berubah kalau boleh keluar pun tak semestinya dapat berkumpul macam kitorang kat sekolah haritu sebab semua dah sibuk pergi kursus dan plkn. Sekarang ni semua dah merancang nak sambung study mana tapi aku.. masih menunggu lagi, menunggu apa? Menunggu result upu la hehe. Apa-apa pun aku akan belajar bersungguh-sungguh nanti dan berharap kawan aku pun akan belajar bersungguh-sungguh macam aku jugak :) walaupun kita belajar di tempat lain aku harap hati kita tetap akan merindui satu sama lain dan kita tetap akan berhubung sampai bila-bila amin! Love you guys xoxo Yasirah, Bella, Fatin, Afiqah, Ju, Finaz, Nabilah, Dila and Amira.
                                

Monday 9 April 2012

SPM 2012

Tahun ni aku SPM so kena banyak : 
               
                                                                      Baca buku :)


                                                Solat jangan lupa
COPYRIGHT BY NORA AIEN. ALL RIGHT RESERVED